Pautan Laman
Aplikasi Intranet
Pautan Lain

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi JPKN Cawangan Beaufort

Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Beaufort mula beroperasi pada 15 Januari 2010. Ia merupakan cawangan yang ke-5 ditubuhkan selepas JPKN Cawangan Sandakan, Cawangan Tawau, Cawangan Keningau dan Cawangan Kota Marudu.

JPKN Cawangan ini mempunyai kakitangan seramai 5 orang, iaitu seorang Ketua Cawangan (Pegawai Teknologi Maklumat), Dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Juruteknik dan seorang Pemandu.

Cawangan ini ditubuhkan sebagai mini JPKN yang memberikan perkhidmatan pengkomputeran dari segi penyelenggaraan, sistem rangkaian, perkhidmatan ICT dan Aplikasi sistem Kerajaan Negeri kepada semua agensi kerajaan negeri di daerah ini. Selain itu, Cawangan ini juga menyediakan Makmal Komputer bagi tujuan Latihan dan Kursus.

Kawasan perkhidmatan JPKN Cawangan Beaufort meliputi Daerah, Beaufort, Membakut, Sipitang, Menumbok, Kuala Penyu dan Labuan (Jabatan Pelabuhan dan Dermaga).

Lokasi JPKN Cawangan Beaufort ialah di Aras 1, Bangunan Urusetia Pejabat Daerah Beaufort.

Malay | English
Visi

Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Untuk Mencapai Kerajaan Pintar

 

Misi

Memberikan Perkhidmatan ICT Yang Cemerlang Kepada Kerajaan Negeri Bagi Mendampingi Masyarakat

 

Pencapaian

sirim
Persijilan MS ISO 9001 : 2008


Acara Akan Berlangsung

Kursus Lanjutan Open Office (Writer, Calc & Impress)
Tarikh: 20 - 23 Feb 2017
Tempat: Makmal ICT, JPKN Beaufort

Kursus Sistem Operasi Ubuntu
Tarikh: 24 Feb 2017
Tempat: Makmal ICT, JPKN Beaufort

 

Acara Telah Berlangsung

Nota Kursus
Hakcipta terpelihara (c) JPKN Cawangan Beaufort 2013.
PENAFIAN: Pihak JPKN Cawangan Beaufort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini