![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| .B.Malaysia | English | :: Profil BRN |
:: Kakitangan |
:: Muat Turun |
:: Pautan |
:: Laporan |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
PENGENALAN
Bahagian Perancangan Sistem IT merupakan satu bahagian utama di dalam struktur organisasi jabatan yang melaksanakan fungsi dan operasi Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Bahagian Perancangan Sistem IT, atau ringkasnya BRN berperanan untuk membantu menyediakan dan memberikan perkhidmatan perancangan dan perundingan terhadap perolehan, pelaksanaan dan penggunaan sistem ICT untuk sektor perkhidmatan awam negeri Sabah. Bahagian ini juga terlibat dalam penyediaan dan pemantauan pelaksanaan dasar-dasar ICT Kerajaan Negeri. Bahagian Perancangan Sistem IT terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan yang bertindak sebagai Ketua Bahagian dan dibantu oleh tiga (3) orang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang (1) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, dua (2) orang Juruteknik Komputer dan seorang (1) Pembantu Am Pejabat..
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Notis Penafian :
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kerugian disebabkan penggunaan sebarang maklumat daripada laman web ini.
Hakcipta terpelihara © 2008 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. |