HOME

 

 

  Firefox Pelayar Alternatif
  OpenOffice.org - bukan sekadar perisian alternatif
  Perisian Percuma Yang Anda Perlu Ada
  What is CSS ?
 

Senarai Istilah Sains Komputer

  Perisian Percuma Membina Laman Web
  IT Names
   
   
   
   
   

 

 


Firefox Pelayar Alternatif

Firefox telah memenangi banyak anugerah, pelayar web percuma ini telah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Melayar web dengan penuh keyakinan - Firefox melindungi anda daripada virus-virus, spyware dan pop up. Menikmati peningkatan prestasi, mudah digunakan dan lebih privasi. Ia mengimport senarai favorites anda bersama dengan tetapan peribadi anda.



SATU PENGALAMAN WEB LEBIH BAIK
Firefox 1.5 mempunyai antara muka yang intuitif dan menghalang virus-virus, spyware dan popup iklan. Ia memuatkan laman-laman Web cepat daripada biasa. Ia mudah dipasang dan mengimport favorites anda. Penuh dengan ciri-ciri berguna seperti bertab pelayaran, Live Bookmarks, dan satu bar Carian bersepadu, Firefox akan mengubah pengalaman Web anda.

PELAYARAN LEBIH CEPAT
Menikmati pemuatan laman web yang lebih cepat semasa anda bergerak dari laman hadapan atau belakang. Peningkatan kepada enjin perisian memberikan Firefox keupayaan memaparkan laman-laman yang kompleks dengan lebih tepat, ia juga menyokong piawai baru web, dan memberikan prestasi keseluruhan yang lebih baik.

KEMASKINI AUTOMATIK
Ciri baru Software Update memudahkan anda mendapat pengemaskinian keselamatan terbaru can ciri terbaru untuk Firefox. Firefox mengemaskini dan memberitahu anda apabila ia telah bersedia untuk dipasang.

PELAYARAN BERTAB
Menggunakan pelayaran bertab untuk membuka laman-laman Web yang
lain dalam satu tetingkap pelayar, dan memudahkan anda berulang-alik ke hadapan dan belakang dengan cepat. Pembukaan tab-tab untuk meletakkan laman-laman serentak.



PENYEKAT POP-UP TERMAJU
Firefox mempunyai penyekat pop-up yang telah ditingkatkan untuk menghalang sebarang pop-up dan iklan yang tidak dikehendaki.

CARIAN BERSEPADU
Gunakan kuasa carian Web menerusi laman-laman enjin carian web popular dalam bar carian dalaman dan anda boleh menambah enjin-enjin carian baru dengan mudah.

KESELAMATAN LEBIH KUKUH
Firefox akan melindungi anda semasa melayari Web, ia menghalang spyware, cecacing, dan virus-virus. Komuniti Firefox yang terdiri daripada pembangun perisian dan pakar keselamatan bertugas tanpa henti untuk memantau isu-isu keselamatan dan menghasilkan kemaskini untuk melindungi anda.

PEMBERSIHAN DATA PERIBADI
Lindungi privasi anda dengan perkakas Clear Private Data yang baru. Dengan satu klik, anda dapat memadamkan semua data peribadi, termasuk sejarah pelayaran anda, cookies, kemasukan borang web dan kata laluan.




LIVE BOOKMARKS
Pengemaskinian laman-laman Web dan blog-blog kegemaran anda. Dengan menggunakan Live Bookmarks ia akan mengemaskini secara automatik dengan kandungan terbaru daripada web.

AKSESIBILITI
Firefox 1.5 mudah digunakan oleh semua orang, termasuk mereka yang kurang upaya. Firefox adalah pelayar pertama menyokong DHTML, apabila digunakan oleh pembina web, membenarkan aplikasi Web membaca kandungan laman. Pengguna-pengguna juga boleh mengemudikan dengan menggunakan kekunci tanpa menggunakan tetikus. Firefox 1.5 (versi Windows) juga adalah pelayar pertama untuk memenuhi syarat-syarat perisian Kerajaan Persekutuan AS untuk para pengguna kurang upaya.




MEMBENTUK FIREFOX
Pilih bebutang baru untuk toolbar anda; memasang tambahan untuk menambah ciri-ciri baru, atau mengubah paparan pelayar anda dengan tema-tema - cara melihat Firefox dan kerja-kerja adalah di bawah kawalan anda.

SOKONGAN WEB GENERASI BARU
Aplikasi Web inovatif terbaru dan perkhidmatan menyediakan pengalaman Web menarik. Sokongan untuk piawai web terbuka Firefox untuk memastikan yang anda boleh mendapatkan yang terbaik daripada aplikasi berasaskan web.

Sumber: Majalah PC    Edisi: Ogos 2006

Top
 

 

 HOME | About Us | Info Produk | Info Berita | Dunia IT | Fokus | Mahir IT | Lain-Lain | Artikel Bukan ICT