Bahagian Akaun merupakan salah satu bahagian yang terpenting di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Secara am bahagian akaun menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan kewangan jabatan. Iaitu menyelenggara perbelanjaan jabatan, memproses gaji-gaji kakitangan dan melakukan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan perakaunan.
Fungsi-fungsi Bahagian Akaun adalah seperti berikut:-
1. Untuk mempastikan SISVOT diselenggara dengan baik. Semua perbelanjaan dibawah setiap pecahan kepala diselenggara supaya tidak melebihi peruntukan yang diberikan.
2. Untuk mempastikan supaya tidak ada pembayaran yang dilakukan lebih dari sekali bagi sebarang bekalan atau khidmat yang diberikan kepada jabatan.
3. Untuk mempastikan semua tanggungan diambilkira ke dalam SISVOT dengan kadar yang segera.
4. Menyelenggara dengan baik buku-buku daftar di bawah kawalan jabatan seperti:-
(a) Potongan K.W.S.P.
(b) Potongan Cukai Pendapatan
(c) Potongan Pinjaman Perumahan
(d) Potongan Pinjaman Kenderaan
(e) Potongan A.S.N.
(f) Pendahuluan Diri dan sebagainya.
5. Melakukan penyesuaian ke atas perbelanjaan potongan-potongan dan pendahuluan dengan salinan lejar komputer daripada Bendahari Negeri setiap bulan.
6. Menyediakan permohonan viremen atau peruntukan tambahan apabila didapati belanjawan bagi pecahan kepala tertentu tidak mencukupi.
7. Untuk mempastikan bahawa gaji kakitangan jabatan telah dikemaskinikan dan dikemukakan kepada Bahagian Gaji Bendahari Negeri sebelum atau pada tarikh yang telah dijadualkan.
8. Mempastikan bahawa potongan-potongan seperti cukai, Pinjaman Perumahan, Pendahuluan Diri, bayaran balik dan sebagainya telah dilakukan terhadap gaji-gaji kakitangan.
9. Menjawab pertanyaan Audit, pertanyaan Bendahari Negeri dan sebarang surat menyurat berkaitan dengan perakaunan.
10. Menyimpan selamat buku-buku Pesanan Pembelian, Perintah Kerja Am, Waran Perjalanan, P.O.L. dan Bill.
11. Menyediakan Penyata Perbelanjaan Bulanan bagi semua pecahan kepala di bawah kawalan Jabatan dan mengemukakannya kepada Kementerian Kewangan selewat-selewat pada minggu kedua pada bulan berikutnya.
2.0 GAJI
Gaji adalah pendapatan yang diterima oleh kakitangan pada setiap hujung bulan sebagai upah kerana menjalankan tugas-tugas yang telah ditentukan.
a) Kakitangan Baru
1) Kakitangan baru bermaksud mereka yang buat pertama kali berkhidmat dengan kerajaan.
2) Semua kakitangan baru hendaklah mengisi borang PAY -A1 untuk mengetahui butir-butir peribadi yang berkaitan sebelum memproses gaji.
3) Jika kakitangan tersebut pernah bekerja sebelum berkhidmat dengan kerajaan, beliau dikehendaki untuk menyatakan no. K.W.S.P. dan No. cukai pendapatan didalam borang Pay-A1.
4) Jika kakitangan tersebut belum pernah bekerja sebelum ini, beliau hendaklah mengisi Borang Cukai Pendapatan I.T. 22-Pin 2/68 dan Borang K.W.S.P. 3 (AHL). Bagi Borang K.W.S.P. 3 (AHL) satu salinan Kad Pengenalan diperlukan dan cap jari kakitangan tersebut perlu diperturunkan di dalam borang tersebut.
5) Perkara-perkara lain yang diperlukan untuk memproses gaji adalah seperti berikut:-
(i) Surat tawaran bekerja/kontrak perjanjian bekerja.
ii) Surat penerimaan jawatan.
iii) No. Akaun Bank penerimaan gaji
6) Bagi kakitangan baru, gaji mereka akan disediakan melalui 'baucar berasingan pada bulan pertama mereka berkhidmat dengan kerajaan. Gaji bulan berikutnya akan dibayar melalui Sistem Gaji Pusat.
b) Perpindahan Kakitangan
Bagi kakitangan yang berpindah dari jabatan lain, Siji Gaji Akhir hendaklah dikemukakan ke jabatan ini.
c) Potongan Cukai
1. Potongan cukai hanya dilakukan keatas kakitangan yang layak dibuat potongan. Potongan cukai ke atas gaji bulanan akan dilakukan berdasarkan jadual potongan bulanan. Jadual tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan 1967.
2. Jumlah potongan cukai adalah berbeza-beza mengikut status kelamin dan bilangan anak seseorang kakitangan. Oleh itu adalah penting untuk setiap kakitangan untuk memberitahu bahagian akaun dan mengisi borang PAY-A1 jika status kelamin berubah atau bilangan anak bertambah.
d) Potongan K.W.S.P.
1) Potongan K.W.S.P. ke atas gaji bulanan dilakukan berdasarkan satu jadual seperti yang dikehendaki oleh Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991. Kadar caruman K.W.S.P. yang akan dikenakan adalah sebanyak 23%. Kadar caruman majikan adalah 12% dan pekerja 11%.
2) Potongan K.W.S.P. akan dihentikan apabila kakitangan diberi taraf berpencen.
e) Potongan Zakat
1) Bagi kakitangan yang beragama Islam boleh membayar zakat melalui potongan gaji, seperti dalam pekeliling JBN bil.11/2002 bertarikh 30 Sept. 2002.
2) Sila dapatkan Borang Kebenaran Potongan Zakat dari Bahagian Akaun atau di Kaunter Zakat, Majlis Ugama Islam Sabah.
f) Kakitangan Kontrak
1) Kakitangan kontrak bermaksud kakitangan dimana jawatan hakiki yang dipegang oleh mereka adalah bertaraf kontrak. Lazimnya tempoh kontrak yang kenakan oleh kerajaan negeri adalah selama tiga tahun.
2) Tidak seperti kakitangan yang lain, kakitangan kontrak akan menerima ganjaran selepas tamat tempoh kontrak mereka.
3) Oleh itu sebelum ganjaran mereka dapat diproses mereka haruslah mendapatkan surat perlepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mereka juga harus menjelaskan semua hutang-piutang mereka dengan kerajaan misalnya pinjaman kenderaan, pinjaman mikro-komputer dan lain-lain hutang yang berkaitan sebelum ganjaran dapat diproses.
4) Jika kakitangan kontrak ingin menyambung perkhidmatan mereka dengan kerajaan, mereka mestilah memohon untuk diperbaharui kontrak mereka sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak mereka. Jika kontrak mereka disambung mereka harus memberitahu bahagian akaun dan mengemukakan salinan surat penerimaan kerja/kontrak supaya gaji mereka boleh disambung.
5) Jika kontrak tamat/dipendekkan sebelum tempohnya maka kelulusan dari S.P.A.N. harus dikemukakan sebelum ganjaran dapat diproses.
Formula pengiraan Ganjaran Kontrak
Gaji (RM) X Tempoh (Bulan) X 17.5% = RM xxx
Pokok Terakhir Perkhidmatan
(tolak) Sumbangan Kerajaan kpd. KWSP= RM xxx
Faedah ke atas sumbangan = RM xxx RM XXX
JUMLAH RM XXX
3.0 ELAUN HITUNGAN KILOMETER
3.1 Jika kakitangan menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi dalam negeri mereka layak menuntut elaun ini (PANS Bahagian B Para 11).
3.2 Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 haribulan dalam bulan yang berikutnya (A.P. 100 (a)).
3.3 Kakitangan hendaklah memberi butir-butir penuh mengenai tarikh, masa, jauhnya, jawatan pegawai dan gaji pokok jenis tugas dan sebagainya (A.P. 100 (a) .
3.4
Kelas Gaji Pegawai Sukatan Selinder Kenderaan
A Tidak kurang daripada RM1,777.60 sebulan 1,400 ss dan ke atas
B " " " 1,573.00 sebulan 1,000 ss dan ke atas
C " " " 1,071.40 sebulan Di bawah 1,000 ss
D " " " 1,071.40 sebulan tidak kurang daripada 175ss
E " " 1,071.40 sebulan Dibawah 175 ss
| Perjalanan kerana bertugas Kelas A Kelas B Kelas C Kelas D Kelas E Bagi tiap-tiap satu bulan sen sen sen sen sen satu km satu km satu km satu km satu km |
Bagi 500 km yang pertama 55 41 35 17 9 Bagi 150 km selepas 500 km 51 37 31 16 8 Bagi 150 km selepas 650 km 48 35 29 13 7 Bagi 150 km selepas 800 km 39 33 29 13 7 Bagi 150 km selepas 950 km 38 32 27 11 6 Bagi 150 km selepas 1100 km 36 32 27 11 6 Bagi 150 km selepas 1250 km 35 32 27 9 5 Bagi 150 km selepas 1400 km 33 31 26 9 5 Bagi 150 km selepas 1550 km 33 31 26 9 5 Bagi tiap-tiap km selepas 1700 km 32 30 24 9 5 |
4.0 ELAUN KERJA LEBIH MASA
Bayaran lebih masa layak dibayar apabila seseorang pegawai dikehendaki berkerja lebih daripada masa berkerja biasa yang disyaratkan baginya mengikut kadar yang ditetapkan. PANS Bhg. G Perenggan 5.
4.1 KELAYAKAN DAN KEBENARAN
a) Kumpulan Pengurusan dan Professional dalam kategori 1-1V layak untuk mendapatkan cuti gantian sahaja. Walau bagaimanapun elaun lebih masa boleh dibayar dengan syarat kelulusan bertulis telah diberi oleh Bahagian Saraan dan Pencen, Jabatan Ketua Menteri (JKM) PANS Bhg. G Perenggan 9 (I),(2) dan 9.
b) Kumpulan Pentadbiran dan sokongan dalam kategori V-X layak dibayar elaun lebih masa dengan syarat kelulusan bertulis telah diberi oleh Bahagian Saraan dan Pencen JKM.
c) Kumpulan Pentadbiran dan sokongan dalam kategori X.
4.2 KADAR BAYARAN
Berdasarkan kepada formula dalam PANS Bhg. G Perenggan 7 (1).
a) Hari Bekerja Biasa Hari Rehat Mingguan Cuti
Kerja Siang 1 1/8 1 ¼ 1 3/4
Kerja Malam 1 1/4 1 ½ 2
b) Kadar Formula
1 1/8 - 0.0053913 x gaji pokok
1 1/4 - 0.0059904
1 1/2 - 0.00718
1 3/4 - 0.0083865
2 - 0.0095846
4.3 PENETAPAN MASA KERJA LEBIH MASA
a) 6.00 Pagi - 10 malam (kerja Siang hari tersebut)
b) 10.00 malam - 12 malam (kerja malam hari tersebut).
c) 12.00 malam - 06 pagi (kerja malam keesokanya).
PANS G. Perenggan 6.
4.4 PERATURAN
a) Tuntutan semasa waktu rehat tidak dibenarkan PPNS 3/1985 Perenggan 5.3.
b) Kerja lebih masa yang kurang daripada 2 jam terus menerus tidak layak dituntut. PPNS 3/1985 Perenggan 5.3.
c) Kerja lebih masa selama 8 jam terus menerus pada hari Ahad dan kelepasan Am sewajarnya ditolak 1 jam untuk rehat.
d) Tuntutan yang melebihi 1/3 daripada gaji pokok bulanan penuntut hendaklah diperakukan oleh Pegawai Tingkatan Tertinggi di Jabatan masing-masing dan diluluskan oleh Bahagian Saraan dan Pencen JKM.
PANS Bhg. G Perenggan 7.2. (C) dan (d)
PANS 3/1985 Perenggan 4.2.
e) Tuntutan kerja lebih masa boleh dibayar kepada Pemandu apabila bertugas di luar pejabat pada hari kelepasan Am, hari Ahad dan selepas waktu pejabat pada hari berkerja setengah hari. Kelulusan dari Jabatan Ketua Menteri rujukan C.122/1.Pt.3/372 bertarikh 18 Jun 1985.
4.5 PENYEDIAAN TUNTUTAN
Isikan borang PPNS.3/1985 dengan lengkap dan teratur.
5.0 SKIM PINJAMAN PERUMAHAN
5.1. Bagi pegawai yang berjawatan tetap atau percubaan boleh memohon pinjaman ini dengan serta-merta.
5.2 Bagi pegawai yang berjawatan sementara, mereka hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan perkhidmatannya itu tidak terputus-putus.
5.3 Pegawai yang berjawatan kontrak tidak layak untuk mendapat pinjaman ini.
5.4 Kelayakan seseorang pegawai boleh dikira berdasarkan formula berikut:-
Kelayakan =
(Gaji Pokok + Elaun Wilayah + Elaun Khidmat Awam ) x 72 bulan
* tertakluk kepada amaun maksimum sebanyak RM 200,000.00
5.5 Tempoh maksimum bayaran balik ialah 25 tahun, tidak kira berapa umur kakitangan semasa membuat permohonan.
5.6 Amaun bayaran balik bulanan tidak boleh lebih daripada 50% daripada pendapatan kasar peminjam itu.
5.7 Dapatkan Borang Permohonan Pinjaman Perumahan dari Perbadanan Pinjaman Sabah atau Permodalan Bercagar Perumahan Borneo Bhd.
6.0 SKIM PINJAMAN MEMBELI MIKRO KOMPUTER
6.1 Pegawai yang layak diberi pinjaman ialah skel gaji 41 dan keatas sahaja. Ini termasuk pegawai-pegawai kontrak, pegawai dalam perkhidmatan tetap tetapi masih dalam percubaan dan pegawai sementara yang telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya 2 tahun. Pegawai yang memangku gred gaji 41 dan keatas untuk sekurang-kurangnya setahun.
6.2 Pemohon yang masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak/sementara diwajibkan mendapat jaminan daripada 2 orang pegawai Kerajaan Negeri dari gred gaji 6 dan keatas yang telah disahkan dalam jawatan.
6.3 Jumlah maksima pinjaman adalah tidak melebihi RM5,000.00 dan pinjaman selanjutnya setelah 5 tahun dari kelulusan pinjaman terakhir.
6.4 Hendaklah dibayar balik dalam masa 36 bulan. Bagi pegawai kontrak, bayaran balik adalah berdasarkan tempoh kontraknya.
7.0 SKIM PINJAMAN MEMBELI KENDERAAN
1. Pegawai-pegawai yang layak diberi pinjaman:-
a. Pegawai-Pegawai dalam kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai-Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
b. Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan dibawah kategori V,VI,dan VII yang bergaji pokok minima RM825.00 sebulan
C. Pegawai-Pegawai dalam Kumpulan Sokongan dalam Kategori VII bergaji pokok kurang dari RM825.00 sebulan, dan Pegawai-Pegawai yang menyandang jawatan dalam Kategori VIII boleh diberi pertimbangan untuk mendapat kemudahan pinjaman kenderaan tetapi tertakluk kepada ketua jabatan memperakukan bahawa:-
i) Pegawai berkenaan tidak dapat menjalankan tugas rasminya dengan cekap dan sempurna setiap hari tanpa menggunakan sebuah kenderaan sendiri. Satu senarai lengkap mengenai tugas-tugas rasmi pegawai berkenaan perlu disertakan yang menunjukkan kenderaan adalah diperlukan dalam urusan rasminya;
ii) Jumlah perjalanan atas tugas rasmi adalah melebihi dari 200 kilometer tiap-tiap bulan bagi tempoh 3 bulan berturut-turut. Perakuan ini hendaklah disokong dengan salinan hitungan kilometer yang telah dituntut atau dengan senarai tempat perjalanan rasmi yang akan dibuat mengikut arahan Ketua Jabatan.
2. HAD PINJAMAN:-
a. Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan
Tertinggi Gred Utama C keatas. F54 RM50,000.00
b. Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan
dan Profesional dalam Kategori III bergaji
RM2,981.00 sebulan dan keatas. F48 RM43,000.00
c. Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan
dan Profesional dalam Kategori III bergaji
RM2,980.00 sebulan dan kebawah. F48 RM35,000.00
Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan
Dan Profesional dalam Kategori IV F41 RM35,000.00
d. Pegawai-pegawai Kumpulan Sokongan
dalam Kategori V, VI dan VII bargaji
pokok minima RM825.00 sebulan. F32,29,22 RM30,000.00
e. Untuk membeli Motosikal-
Bergaji Pokok Minima RM350.00 sebulan RM 5,000.00
3. Pinjaman Kenderaan yang diluluskan tidak boleh digunakan untuk urusan pembelian kenderaan yang dimiliki sendiri oleh pemohon atau diantara isteri atau suami. Walaupun kenderaan berkenaan sudah ditukar nama kepada orang lain, kecuali selepas masa 2 (dua) tahun daripada tarikh tukar nama itu.
4. Pemohon dari Kementerian atau Jabatan Kerajaan Negeri yang masih dalam tempoh percubaan, berjawatan sementara atau berkhidmat secara kontrak diwajibkan untuk mendapatkan jaminan dari dua orang pegawai Kerajaan Negeri dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan dalam Kategori V, VI atau VII yang sudah disahkan jawatanya.
5. Pinjaman hanya diberikan untuk membeli kenderaan buatan Malaysia tetapi tidak termasuk kenderaan yang dipasang/cantum (assembled) di Malaysia. Walau bagaimanapun kenderaan yang dipasang/cantum (assembled) di Negeri Sabah adalah dibenarkan.
6. Kemudahan pinjaman kenderaan hanya diberi sekali sahaja dalam tempoh 7 (tujuh) tahun mulai dari tarikh permohonan diluluskan dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sepenuhnya.
7. Gaji yang diterima oleh pemohon selepas mengambilkira potongan pinjaman kenderaan dan potongan-potongan yang lain mestilah tidak kurang dari 50% jumlah gaji kasar bulanan pemohon berkenaan. Pemohon-pemohon yang mempunyai jumlah potongan dari gaji (termasuk potongan pinjaman kenderaan) melebihi 50% dari gaji kasar berkemungkinan boleh mengikabatkan kerumitan sebaliknya, permohonan pemohon berkenaan tidak akan dipertimbangkan.
8. Pegawai yang diluluskan pinjaman kenderaan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4% setahun dan kira daripada baki pinjaman bulanan berkurangan.Tidak ada bayaran perkhidmatan dikenakan keatas pinjaman untuk membeli basikal.
9. Permohonan boleh dibuat melalui http://app.jpkn.sabah.gov.my/pinjamankenderaan/
10. TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN
Pinjaman kenderaan hendaklah dibayar balik dengan jumlah yang sama pada setiap bulan mengikut tempoh bayaran yang telah ditetapkan seperti berikut:-
(a) Bagi kereta/van/pacuan 4 roda baru tidak melebihi 84 bulan;
(b) Bagi kereta/van/pacuan 4 roda yang sudah terpakai tidak melebihi 60 bulan.
(c) Bagi motosikal yang baru tidak melebihi 60 bulan;
(d) Bagi motosikal yang sudah terpakai tidak melebihi 48 bulan.
8.0 ELAUN PERJALANAN TUGAS RASMI
Bagi kakitangan yang menjalankan tugas rasmi, kadar elaun makan, sewa hotel dan elaun lojing yang boleh dituntut adalah seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Negeri Sabah Bil. 7/1991.
Pegawai berkenaan haruslah mengisi Borang Tuntutan dengan mengemukakan resit-resit perjalanan seperti tambang teksi jika melebihi RM 25.00, tiket penerbangan, resit sewa hotel, surat kelulusan (jika ke Luar Negeri) dan sebagainya untuk menyokong tuntutan. Kadar Bayaran adalah seperti Lampiran 'B' disertakan.
LAMPIRAN "B"
8.1 Bayaran maksimum Sewa Hotel
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya dan perlu menginap adalah layak menuntut Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit tertakluk kepada bayaran maksimum mengikut kadar seperti berikut:-
| Gred/Kategori Semenanjung Sabah (termasuk) Singapura dan Malaysia, W.P. Labuan) Brunei Kalimantan dan dan Sarawak Darussalam Selatan Thailand |
Gred Utama/Khas 'A' Sebenar Sebenar Sebenar
Dan ke atas (Standard Suite) (Standard Suite) (Standard Suit)
Kategori I bergaji Sebenar Sebenar Sebenar
RM3962 hingga Gred (Bilik Biasa) (Bilik Biasa) (Bilik Biasa)
Utama/Khas 'B'
Kategori III bergaji RM180 RM200 RM270
RM3228 hingga
Kategori I bergaji
RM3961
Kategori III bergaji RM160 RM170 RM230
RM2546 hingga
RM3227 dan Kategori
IV bergaji RM2494
dan ke atas
Kategori III bergaji RM125 RM145 RM190
RM2545 ke bawah
dan Kategori IV
bergaji RM2493 dan
ke bawah
Kategori V & VI RM 80 RM100 RM140
Kategori VII RM 70 RM 80 RM115
Kategori VIII RM 65 RM 70 RM105
Kategori IX RM 60 RM 65 RM 95
Kategori X RM 55 RM 60 RM 90
Kategori XI RM 45 RM 55 RM 80
LAMPIRAN "B"
8.2 ELAUN MAKAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar-kadar seperti berikut:-
| Gred/Kategori Semenanjung Sabah (termasuk) Singapura dan Malaysia, W.P. Labuan) Brunei Kalimantan dan dan Sarawak Darussalam Selatan Thailand |
Gred Utama/Khas RM115 RM165 RM195
'A' dan ke atas
Kategori I bergaji RM 85 RM115 RM135
RM3962 hingga Gred
Utama/Khas 'B'
Kategori III bergaji RM 60 RM 80 RM 95
RM3228 hingga
Kategori I bergaji
RM3961
Kategori III bergaji RM 45 RM 65 RM 75
RM2546 hingga
RM3227 dan Kategori
IV bergaji RM2494
dan ke atas
Kategori III bergaji RM40 RM 50 RM 60
RM2545 ke bawah
dan Kategori IV
bergaji RM2493 dan
ke bawah
Kategori V & VI RM 35 RM 46 RM 55
Kategori VII RM 32 RM 43 RM 50
Kategori VIII RM 30 RM 40 RM 47
Kategori IX RM 26 RM 36 RM 43
Kategori X RM 23 RM 33 RM 40
Kategori XI RM 20 RM 30 RM 35
LAMPIRAN "B"
8.3 ELAUN LOJING
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya dan perlu menginap adalah layak menuntut Elaun Lojing mengikut kadar seperti berikut:-
| Gred/Kategori Semenanjung Sabah (termasuk) Singapura dan Malaysia, W.P. Labuan) Brunei Kalimantan dan dan Sarawak Darussalam Selatan Thailand |
Gred Utama/Khas RM 80 RM 85 RM 90
'A' dan ke atas
Kategori I bergaji RM 70 RM 75 RM 80
RM3962 hingga Gred
Utama/Khas 'B'
Kategori III bergaji RM 60 RM 66 RM 72
RM3228 hingga
Kategori I bergaji
RM3961
Kategori III bergaji RM 54 RM 57 RM 60
RM2546 hingga
RM3227 dan Kategori
IV bergaji RM2494
dan ke atas
Kategori III bergaji RM 42 RM 48 RM 51
RM2545 ke bawah
dan Kategori IV
bergaji RM2493 dan
ke bawah
Kategori V & VI RM 27 RM 33 RM 36
Kategori VII RM 24 RM 27 RM 30
Kategori VIII RM 22 RM 23 RM 27
Kategori IX RM 20 RM 22 RM 26
Kategori X RM 18 RM 19 RM 24
Kategori XI RM 16 RM 18 RM 21
9.0 ELAUN KURSUS PENDEK DI DALAM NEGERI
(Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Kalimantan dan Selatan Thailand (Phuket dan ke Selatan).
"Kursus Pendek" ertinya sebarang kursus yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.
1) Di Luar Kawasan Ibu Pejabat:-
a) Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit atau elaun lojing boleh dibayar sekiranya kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan.
b) Pegawai layak menuntut sebahagian makan yang tidak disediakan itu tertaluk kepada formula seperti berikut:-
i) Sarapan Pagi - 20% daripada Elaun Makan
ii) Makan Tenghari - 40% daripada Elaun Makan
iii) Makan Malam - 40% daripada Elaun Makan.
c) Pegawai boleh menuntut Sewa Hotel, Elaun Lojing & Elaun Makan satu hari sebelum dan satu hari selepas berkursus mengikut kadar bertugas rasmi.
2) Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat:-
Bayaran sebanyak RM5.00 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja dengan syarat :-
a) Kemudahan makan tidak disediakan.
b) Kursus itu diadakan di luar bangunan pegawai bertugas.
c) Satu perjalanan dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian dan balik, sekali sahaja.
10. ELAUN KURSUS PANJANG DI DALAM NEGERI
(Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Kalimantan dan Selatan Thailand Phuket dan ke Selatan).
"Kursus Panjang" ertinya sebarang kursus yang tempohnya adalah melebihi 3 bulan dan termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.
1) Di Luar Kawasan Ibu Pejabat:-
a) Elaun sara hidup sebanyak RM10.00 sehari bagi sepanjang tempoh kursus tertaluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-
i) Pegawai tidak menerima Arahan pertukaran
ii) Kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur.
b) Bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit atau elaun lojing dan elaun makan bagi tempoh 2 hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas berkursus mengikut kadar bertugas rasmi.
c) Pegawai layak menuntut sebahagian makan yang tidak disediakan itu tertaluk kepada formula seperti berikut:-
i) Sarapan Pagi - 20% daripada Elaun Makan
ii) Makan Tengahari - 40% daripada Elaun Makan
iii) Makan Malam - 40% daripada Elaun Makan
2) Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat:-
a) Elaun sara hidup sebanyak RM5.00 sehari bagi sepanjang kursus kepada syarat-syarat seperti berikut;-
i) Pegawai berkursus di dalam kawasan Ibu Pejabat.
ii) Pegawai dari luar kawasan Ibu Pejabat yang menerima Arahan.
iii) Kemudahan makan tidak disediakan oleh penganjur.
iv) Kursus itu diadakan di luar bangunan pegawai bertugas.
b) Satu perjalanan dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian dan balik, sekali sahaja.